May 22, 2011

hari dengan AZAM yang baru :)

assalamualaikun = )

korang nak tahu satu berita baik tak? jeng3. hari ni aku bangun awal.
ala standartlah kan bangun awal. tapi tidak sama sekali pada aku. sebab aku ada satu habit yang majoriti budak2 sekarang pon ada iaitu tidur balik lepas subuh. wakaka. penatlah mak aku dok mengejutkan tapi aku akan still pejam mata sampailah matahari dah dok terpacak kat atas kepala. teruk kan? hehe. 


walau bagaimanapun, dengan semangat yang tinggi hari ni aku tahan jugak lah mata aku ni supaya tak tidur balik. nak tahu macammana aku buat?
sini la aku bagi tip-tip sikit.

* bangun je pagi tu korang kena terus mandi untuk nak segarkan diri.
* buat sedikit senaman ( senamam muka je pon jadik )
* yang terakhir, buat-buatlah macam korang tu tengah buzy buat sesuatu pekerjaan.

lepas selesai basuh semua baju nak bawak balik uitm. ( excited tak aku nak balik uitm. padahal lagi semingu ). mak aku ajak ikut dye pergi kenduri rumah two cousin dye ( dua pupu ) maknanya three cousin ( tiga pupu )akulah kan?..aku pon ikut jela. tapi yang aku benggangmya awaitlah hari ni panas sangat. dah lah lepas kenduri pergi singgah sana sini. sungguh memenatkan. sebab tu la aku malas pergi kenduri yang sebenarnya. hahaha.


aku sampai rumah ngam-ngam masuk waktu asar. so disebabkan azam baru ni tak naklah tidur petang sebab orang kata tidur petang ni tak baik untuk kesihatan dan boleh mematikan saraf ingatan kita. tapi apakan daya lepas solat asar dan online facebook sekejab. aku tengok katil tu macam best je. aku pon baringlah kejab nak hilangkan penat2 yang ada. 

tak lama lepas tu aku dengar bunyi ketang-ketung orang masak ( itulah padahnya rumah dekat dengan kedai makan ). sekali bukak-bukak mata tengok jam dah pukul 8.          ha hamik kau. kelam kabut aku pergi solat. musnahlah azam aku yang dok beria-ria taknak tidur petang. hahaha.

notaKAKI : kepada semua manusia, aku menyeru supaya janganlah anda tidur selepas
                 subuh dan selepas asar kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri.

+sila abaikan gambar dibawah +


2 comments:

NooRuL DiLa said...

oooo. bagusnyer nak berubah.... tp tido balik...

alyaa said...

yg penting niat tu kena betul.

like button