assalamualaikum ^^
tengok tajuk kat atas pon mesti korang dah tahu aku nak cerita pasal apa.
semestinya pasal NUR KASIH THE MOVIE..
ala mesti korang tahukan cerita ni dan mesti dah ramai pon yang pergi tengok.
yang sebenarnya memang dah lama dah aku plan nak tengok cerita ni.
tapi mesti ada je masalah especially pasal transport..
( biasalah orang malas bawak kereta memang macam tu )
berbalik kepada cerita di atas.
kitorang plan nak pergi tengok pon last-last minute.
dan akhirnya terpacaklah kami di hadapan BIG CINEMA TELUK INTAN..
dengan pantasnya kitorang pergi beli tiket
sebab dah pukul 3.55 ptg
maknanya dah 10 minit lewat.
di sini aku sertakan sedikit pasal cerita ni.
+NUR KASIH THE MOVIE+
info NUR KASIH THE MOVIE.
Producer : Rosihan Zain (Executive Producer)
Director : Kabir Bhatia
Producer (Company) : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Language : Malay
Genre : Drama
Classification : U – General viewing for all ages
Release Date : 19 May 2011
Duration : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Director : Kabir Bhatia
Producer (Company) : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Language : Malay
Genre : Drama
Classification : U – General viewing for all ages
Release Date : 19 May 2011
Duration : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Script : Kabir Bhatia (Screenplay), Mira Mustaffa (Scriptwriter)
Cast : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi
Cast : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi
sinopsis NUR KASIH THE MOVIE.
Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.
Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.
Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.
Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.
Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.
Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.
Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..
gambar NUR KASIH THE MOVIE.
walaupun aku tak dapat tengok dari awal.
tapi seriusly cerita ni memanglah tersangatlah romantik dan best.
siapa yang baru kahwin or ada teman lelaki boleh tengok.
dan boleh buat orang mengalirkan air mata.
aku tak payah cakap la.
baru je start dah nangis sampai terbatuk-batuk.
biaselah aku memang suka menangis tengok movie.
hahaha
notaKAKI : siapa yang tak pergi tengok tu cepat-cepat lah pergii tengok ye. layan beb~
No comments:
Post a Comment