May 26, 2011

lagi-lagi RESULT..

assalamualaikum (^-^)


result result result.
hari pergi mana-mana semua dok tanya pasal result je. 
especially kat muka buku.

sepatutnya dari pagi tadi lagi aku dah update pasal result ni.
sebab dari semalam lagi aku dah cek result ni.
tapi disebabkan kemalasan yang teramatlah sangat.
sekarang barulah aku update.
hahaha.

semua budak uitm (diploma shj) mesti rasa giler cuak la nak cekkan?
termasuk lah aku.
senior-senior aku cakap dalam banyak2 sem.
sem 2 ni lah yang paling susah.
jab2 ada ke belajar yang tak susah.
um ntah lah.

tepat pukul 11.50..
aku dengan budak- budak kelas dah countdown dah kat im kelas kitorang.
tapi malangnya aku dapat check lambat jugak la.
dme sume dah tengok. tinggal aku je.
dengan bacaan bismillah
akhirnya aku pon dah boleh masuk.
benda first aku tengok mestilah aku lulus ke tak.
alhamdullilah semua lulus.
walaupun tak dapat DL tapi pointer aku naik la dari before ni.

lepas tu apalagi kan. 
habis semua member2 yang online aku tanya berapa result.
kepada yang gempak2 tu congrate la wei.
dan kepada yang bese-bese tu. sama la kiter wei.
takper2 sem depan kita cuba lagi ye.


notaKAKI : thax a lot to syu, amy n cikin coz ajar aku walaupun aku ni lampi nak mampus.
dan kenangan tidur n study sama2 dengan korang aku takkan lupa.
lagi-lagi time kiter g exam lambat tu. hahaha. 
selamat result c++ aku ok tau. klo tak siap korang..





May 25, 2011

assalamualaikum^^

HAPPY BELATED BIRTHDAY
to



muhammad izzat afif bin hasim

yang ke-200..
ops silap.. 20 la..
angka 2 tu kat depan..
maknenya kau memang dah tua la.
can i call u ORANG TUA?
hahaha
 
btw aku teringin nak nyanyi untuk kau izzat..
walaupun suara aku tak sesedap kau..
tapi 
terimalah lagu Allah selamatkan kamu..

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan izzat hasim..
Allah selamatkan kamu..

kek.
sedap tak? mahal aku beli..
dari secret resepi lagi..
tapi hari tuh kau kata tak halal kan?
aku habiskan jela.
hahah

hadiah.
nah hamik kau.
trofi piala dunia aku bagi kau.
hahaha

ucapanALYAA. 
aku doakan kau boleh buat exam esok walaupun tak study.
hahaha
hopefully kau dapat kenal dye dengan lebih rapat.
semoga kau panjang umur dan murah rezeki.
amin~





May 24, 2011

slip SPMku..

assalamulaikum =)

kali ni aku nak tunjuk kat korang aku punya slip SPM yang original. 
mesti korang nak tahukan aku dapat berapa dalam SPM.
JENG3~

inilah hasilnya setelah lima tahun belajar kat bangku sekolah.
eh mana resultnya?
hahahha.
mana boleh bagitau kan resultnya.
malu lah aku nanti sebab bukan dapat straight A's pon.

yang sebenarnya dah lama dah aku pergi ambil slip SPM ni.
tak silap aku 12 may kot.
cuma lupalah nak bagitau korang.
yela aku kan buzy dengan tido.

tapi aku pergi sekolah sekejab je.
sebab nak kejar masa tengok movie kongsi.
yang sebenarnya malas nak jumpa cikgu-cikgu lama.
aku dulu kan budak nakal.
asyik buat salah je.
so teramat lah malu untuk berdepan dengan mereka.
cikgu.. maafkan saya ea =D




+sila abaikan gambar di bawah+ 

 



May 23, 2011

finally NUR KASIH =)

assalamualaikum ^^

tengok tajuk kat atas pon mesti korang dah tahu aku nak cerita pasal apa. 
semestinya pasal NUR KASIH THE MOVIE..
ala mesti korang tahukan cerita ni dan mesti dah ramai pon yang pergi tengok.
yang sebenarnya memang dah lama dah aku plan nak tengok cerita ni.
tapi mesti ada je masalah especially pasal transport..
( biasalah orang malas bawak kereta memang macam tu )
berbalik kepada cerita di atas. 
kitorang plan nak pergi tengok pon last-last minute.
dan akhirnya terpacaklah kami di hadapan BIG CINEMA TELUK INTAN..


dengan pantasnya kitorang pergi beli tiket
 sebab dah pukul 3.55 ptg 
maknanya dah 10 minit lewat.


di sini aku sertakan sedikit  pasal cerita ni.

+NUR KASIH THE MOVIE+



info NUR KASIH THE MOVIE.

Producer : Rosihan Zain (Executive Producer)
Director : Kabir Bhatia
Producer (Company) : Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Language : Malay
Genre : Drama
Classification : U – General viewing for all ages
Release Date : 19 May 2011
Duration : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm
Script : Kabir Bhatia (Screenplay), Mira Mustaffa (Scriptwriter)
Cast : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi

sinopsis NUR KASIH THE MOVIE.

Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.
Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.
Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.
Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.
Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.
Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.
Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku..

 gambar NUR KASIH THE MOVIE.



walaupun aku tak dapat tengok dari awal.
tapi seriusly cerita ni memanglah tersangatlah romantik dan best.
siapa yang baru kahwin or ada teman lelaki boleh tengok.
dan boleh buat orang mengalirkan air mata.
aku tak payah cakap la.
baru je start dah nangis sampai terbatuk-batuk.
biaselah aku memang suka menangis tengok movie.
hahaha

notaKAKI : siapa yang tak pergi tengok tu cepat-cepat lah pergii tengok ye. layan beb~

saya suka JERSEY BOLA..

assalamualaikum ^^

hari ni aku nak cerita pasal jersey yang aku ada.hahaha. 
siapa sangka budak yang baik dan pemalu ni
rupa-rupanya adalah sikit kaki bola. 
tapi bese-bese je tau. 
dan baru aku perasan yang sebenarnya aku ada tiga helai baju bola.
( eleh tiga je pon ).
walaupun tiga je tapi sukati akulah. korang ada? hahaha


jom kita zoom satu persatu k.
yang pertama.
jeng3~
my favourite team
CHELSEA..

 walaupun chelsea tak menang baru-baru ni.
tapi kepada HAFIZ AZREEN dan ZULKHAIRI.
jangan haraplah aku nak tukar team.
hahahaha

yang kedua.
jeng3~
REAL MADRID..

aku takkan lupakan kenangan first time overnight 
tengok bola real madrid lawan
dengan budak-budak gkk.
best giler wei walaupun game ntah pape =D
yang ketiga.
jeng~
liverpool..
dengan liverpool ni tak dak lagi kenangan
sebab baju ni harga pon tak bukak lagi.
hahaha 

sekarang ni aku teringin nak ada jersey MALAYSIA.
so kenalah bodek abangku yang baik hati itu untuk belikan.
silalah belikan aku satu eh.
hahaha


hahaha

------------------
---------------
------------
--------
-----
---
--
-

AKU INGINKAN DIRIMU

                                                    MODE = Mereng

May 22, 2011

hari dengan AZAM yang baru :)

assalamualaikun = )

korang nak tahu satu berita baik tak? jeng3. hari ni aku bangun awal.
ala standartlah kan bangun awal. tapi tidak sama sekali pada aku. sebab aku ada satu habit yang majoriti budak2 sekarang pon ada iaitu tidur balik lepas subuh. wakaka. penatlah mak aku dok mengejutkan tapi aku akan still pejam mata sampailah matahari dah dok terpacak kat atas kepala. teruk kan? hehe. 


walau bagaimanapun, dengan semangat yang tinggi hari ni aku tahan jugak lah mata aku ni supaya tak tidur balik. nak tahu macammana aku buat?
sini la aku bagi tip-tip sikit.

* bangun je pagi tu korang kena terus mandi untuk nak segarkan diri.
* buat sedikit senaman ( senamam muka je pon jadik )
* yang terakhir, buat-buatlah macam korang tu tengah buzy buat sesuatu pekerjaan.

lepas selesai basuh semua baju nak bawak balik uitm. ( excited tak aku nak balik uitm. padahal lagi semingu ). mak aku ajak ikut dye pergi kenduri rumah two cousin dye ( dua pupu ) maknanya three cousin ( tiga pupu )akulah kan?..aku pon ikut jela. tapi yang aku benggangmya awaitlah hari ni panas sangat. dah lah lepas kenduri pergi singgah sana sini. sungguh memenatkan. sebab tu la aku malas pergi kenduri yang sebenarnya. hahaha.


aku sampai rumah ngam-ngam masuk waktu asar. so disebabkan azam baru ni tak naklah tidur petang sebab orang kata tidur petang ni tak baik untuk kesihatan dan boleh mematikan saraf ingatan kita. tapi apakan daya lepas solat asar dan online facebook sekejab. aku tengok katil tu macam best je. aku pon baringlah kejab nak hilangkan penat2 yang ada. 

tak lama lepas tu aku dengar bunyi ketang-ketung orang masak ( itulah padahnya rumah dekat dengan kedai makan ). sekali bukak-bukak mata tengok jam dah pukul 8.          ha hamik kau. kelam kabut aku pergi solat. musnahlah azam aku yang dok beria-ria taknak tidur petang. hahaha.

notaKAKI : kepada semua manusia, aku menyeru supaya janganlah anda tidur selepas
                 subuh dan selepas asar kerana ia boleh memudaratkan diri kita sendiri.

+sila abaikan gambar dibawah +


May 21, 2011

saya kaki gaduh?

assalamualaikum = )

pagi tadi aku ade bukak formspring aku... 
lepas tu ada la satu soalan ni...
tak tau la yang hantar soalan tu perempuan ke lelaki..
tapi aku rasa sure2 la perempuan sebab dulu aku sekolah perempuan..
nak tau apa soalan yang dye tanye? tengok la kat bawah ni.


kalau korang tak nampak... meh sini aku bagitau..

orang : mase hang sekolah dulu, hang memang suka gadoh dengan kawan kawan ke??         ezzaty, atirah, shima,rozana.shaza..and huda..

aku : haha. tak gaduh xbest la. klo gaduh boleh jd makin rapat :)

nampak sangat la yang aku ni rupa-rupanya suka gaduh dengan orang..
ala tapi betul jugak la. klo tak gaduh tak seronok la. macam tak feel bak kata orang.
tapi korang tak payah lah takut dengan aku.
aku ni muke je legend tapi hati cute..
tak percaya tanyalah member2 yang pernah kenal dengan aku.

kepada shima, huda, jaja, tip, syaza, nana, seri, wani..
korang kenal aku kan. aku takkan marah kalau orang tak buat aku marah.
aku tau yang aku panas baran.
so walaupon aku tau aku tak ade buat salah kat korang ( xd ke? )
aku still nak mintak maap ye sebab nanti esok lusa aku nak gaduh dengan korang lagi.
nak jerit-jerit bagi satu hostel dengar. hahah
giler rindu kot kenangan kat hostel dulu.
tapi yang penting aku sayang korang.
korang tau kan? haha



seperti biasa.. sila abaikan gambar di bawah;





kawan sampai kapan :)

assalamualaikum : )

hari ni aku nak ckp pasal kawan sampai kapan..
aku yang sebenarnya nak ucapkan thanks dekat budak nie (rahsia) 
sebab kau dah sedarkan aku pasal kawan sampai kapan ni.. 
thanz la bro.. ahaha. tanpa kau siapalah aku.. cewah ayat jiwang sudah keluar..
lepas aku dok pikir panjang2. betul jugak cakap dye.
ingat senang ke bila kita dah kawan dgn seseorang tetibe nak bercinta plak.
hish berdasarkan pengalaman aku. mmg susah especially kalau korang tu just clap one hand only.
tak ke nanti jiwa dan perasaan korang yang terseksa.
aku cakap benda ni sebab sekarang ni aku yang lalui bende ni. haha
kelakar wei. jatuh hati dengan kawan baik sendiri. 
kalau dye suka kau balik takpe la jugak. ni dapat dye tak suka.
lepas tu start jauhkan diri dari korang. tak menangis jawabnya.
hilang cinta dan kawan sekali gus.
so sebagai pengajaran. 
sekarang ni aku nak try la avoid perasaan aku yang melampau itu.
sebab aku sangat takut hilang dye sebagai member sebab dye terlalu baik..
tak tau la boleh atau tidak. yang penting aku cuba. 
yeah alyaa boleh. malaysia boleh. ( tiada kaitan)


*seperti biasa. sila abaikan gambar di bawah =P



May 17, 2011

AKU RINDU KAU LAH SENGAL!!

May 16, 2011

menantimu MR RIGHT.

assalamualaikum..

hari ni tajuk alyaa nak ckp ialah menanti.
menanti ni ada byk jenis.
tapi yang paling susah bila kita kena menanti org yang kita sayang.
hahaha
so sesiapa yang tgh menanti tu layan la dulu lagu ni ea.
sebab alyaa pon tgh menanti my MR. RIGHT jgk ni.

p/s : kepada MR. RIGHT.. tolonglah muncul cepat sikit. dah naek penat dah eden menunggu ni.

 

lirik lagu menanti..

Ohh……..
Di sunyinya hati ini sendiri ku menanti
sesuatu yang tak pasti darimu
darimu ohhh….

Ku tahu dirimu tak bisa kumiliki

meskipun ku takkan henti
mengharapkan hadirmu
ohh… menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi
menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

mungkinkah semua ini terjadi ?


sejak pertama melihatmu berdua dengan kekasihmu

hancur luluh sudah harapan hati ini

Ku tahu dirimu tak bisa kumiliki

meskipun ku takkan henti
mengharapkan hadirmu
ohh … menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi

menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

menanti terus menanti dirimu
dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi
menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

biarkan ku nikmati bayangmu

biarkan ku nikmati bayangmu
biarlah hanya malam temaniku

menanti terus menanti dirimu

dan tak inginku berpaling meski hanya mimpi
menanti ku menanti cintamu kan kembali padaku

biarkan ku nikmati bayangmu

biarlah hanya malam temaniku
menemaniku….ohhhhh…..


sekian, terima kasih  :P
 

selamathariCIKGU..

 
kenapa kita panggil hari guru sebagai hari guru bukan hari cikgu?
sedangkan selama ni kita panggil mereka cikgu kat sekolah.
so siapakah guru itu sebenarnya.
guru tu sama saja seperti cikgu.
cuma perkataan tu lebih umum dan lebih berbudi bahasa.
dah kata budi bahasa budaya kita kan.

justeru itu, dikesempatan ini alyaa nak la ucapkan selamat hari guru 
kepada semua guru-guru yang pernah mendidik alyaa 
walaupun dalam masa sesaat. terutamanya guru-guru di
tadika islam peladang, 
sekolah agama rakyat hutan melintang, 
sekolah kebangsaan hutan melintang, 
smk convent teluk intan dan
uitm seri iskadar.
tidak lupa juga kepada semua guru yang ada di malaysia ini tak kira di mana anda berada.
terima kasih cikgu.
jasamu akan tetap alyaa kenang
dan ilmumu akan setiasa digunakan sampai bila-bila.

akhir kata...
SELAMAT HARI GURU
&
ILOVEYOU<3

sila abaikan gambar di bawah..
 

May 13, 2011

kelaparan melanda~

AKU LAPAR...
ish mne makanan ni?
tu la yang dok tido lena sangat sampai org ajak makan xnak tu awaitnya.
sekarang aku yang kelaparan : (
bile dah lapar ni mula la kan nak bayang makanan yang bukan-bukan.
mengalahkan kakak aku yang mengidam dulu.

ais krim

beef steak

kerang bakar

daging salai
sedapnya wei. ni la yang aku teringin sgt nak makan sekarang ni.
kalau dapat..pehhh..
TAPI yang aku dapat hanyalah makanan ini : (

roti.
roti pun roti la. janji dapat isi perut yang kelaparan ni.
hahaha.

p/s kepada SYIKIN AZIB
 wei chicken. jgn lupa bawak kerang bakar pantai remis tu. kau x bawak siap kau.
aku bakar kau jadi kerang bakar.
hahaha

May 11, 2011

seiring dan sejalan~

SEIRING DAN SEJALAN
  BY SHARIFAH AINI & BROERY MARANTIKA

 


P: Seiring dan sejalan

 L:  Seindah bunga di taman
 P: Bak burung nan megah
Kanda kupuja
 L:  Bahagia kita berdua

 P:  Berlari berkejaran
 L:  Lupakan segala duka
 P:  Di kota di desa
      Di gunung dan laut
 L & P:  Berlagu kita berdua

 L:  Dinda
 P:  Kanda
 L & P:  Burung pun turut menyanyi
 L:  Tawa
 P:  Riang
 L & P:  Dan cinta mula bersemi

La la la la la la la la... ( 4X )

 L:  Tiada lagi duka
Pun airmata
Kembalilah sayang
Bersama berjalan
Duka atau pun senang

 P:  Aduhai pujaanku
Mimpikah daku
Kan kusimpan dia
Di dalam hatiku
Kasih dan sayangmu

La la la la la la la la... ( 4X )


May 10, 2011

dinner part 2.

assalamualaikum..
hari ni aku nak cerita pasal dinner plak.
sambungan dari cerita pasal family day hari tu.
sesiapa yang xbaca lagi. Boleh la baca kat sini.

selepas bermandi hujan dan mengeletar macam orang hisap dadah.
aku dan member seangkatan membuat keputusan nak check in bilik.
Punya la susah ktrg mintak kebenaran kat lecturer. alih2 ada bdk tu xnak ramai2 plak.
padahal before tu ktrg dah rancang nak check in ramai2 dgn budak lain.
so terpaksa la kami check in bilik lain.
hahahaha. tapi ini bukan masalahnya di sini.
masalahnya ialah pintu bilik x boleh bukak. terasa sangat la benggang dgn pihak hotel tu.
haissh sabo jela.

ni gambar2 tok dinner.





itu sahaja sebab aku xtau nak cerita apa lagi.
hahaha

happy bday my roommate :D

AMIZA BINTI SUHAIMI

 
happy birthday to you.
happy birthday to you.
happy birthday to my dear.
happy birthday to you..

nak hadiah x? jab er..
ni la hadiah kau. special aku belikan tok kau.
 
cantik x? klo nak boleh la amik kat kilang dye. aku dah bayar dah. 
jangan risau. hahaha

apakah ucapan alyaa kepada miza?

hopefully miza dapat result ok this sem. lagi dua minggu je. jangan lupa bgtau nanti. hahaha
then hopefully kau dgn SAFRI sentiasa bahagia. hahaha. xd la main-main je.
lagi.. moga hidup kau sentiasa ceria. lepas ni kan dah x org nak api2 kan kite kan. hahaha.
jahat betul mulut aku ni. lasty BFF ok.
sayang kau. jumpa kat kolej nanti ea.
katil nisa aku punya ok. xpeduli. hahaaha
ni lagu betul tok kau.
td walaupun aku nyanyi xsedap tp ikhlas kot.
hahaha



like button