November 27, 2010

cinta tipu-tipu.. surat?

hari niy macam biasa saya teman awak ambik surat dekat peti surat awak .dan macam biasa lah kan .banyak gila surat awak dapat dari secret admire awak .saya tunggu awak cari surat saya .saya tahu awak mesti cari sampul surat warna pink tu kan ?saya hanya boleh senyum dalam hati bila awak ambik surat tu dulu dan awak baca .pernah jugak saya tak hantar surat kat awak .tapi awak tak pulak cari sampul surat warna pink tu macam selalu .awak terus campakkan surat lain dalam beg sandang awak .pelik jugak saya .saya malas nak tanya sebab awak nampak bad mood .



saya pernah tanya kat awak "kenapa ko minat sangat gan budak sampul surat pink tu ?"

"Nama dia Melly lar ,aku suka sbb dia seolah-olah paham aku .Walaupun aku tak pernah balas surat dia sbb aku tak taw nak balas macam mane .tapi aku suka baca .dia suka buat lawak ."

Awak nak tahu ?Waktu tu Tuhan je tahu betape gembiranya saya .rasa macam nak lompat tinggi tapi saya tahan .saya bukan tak nak bagi tahu awak yang Melly tu saya tapi saya takut awak tak nak kawan gan saya dah .Sekurang-kurangnya kalau awak tak terima cinta saya ,kita masih berkawan macam selalu .



Tiba-tiba saya teringat macam mana kita boleh rapat .Awak cakap Puan Maria suruh awak ajar saya sebab saya lemah subjek yang Puan Maria ajar .Terkejut saya ,sbb saya mmg suka kat awak waktu tu .Sebelum tu saya dah mula pun bagi surat tu kat awak .Lagi gembira lah saya bila awak bersembang dengan saya .Lepas tu kita selalu lepak sama-sama .Kawan-kawan lelaki awak semua marah sebab awak dah tak hang out dengan depe ,saya masa tu rasa bersalah jugak tapi awak kata "tak pe ,aku kesian tengok ko,ko kan x de kwan".Memang saya tak ada kawan ,sebab saya budak baru je masuk U tu .Awak bnyak tolong saya .sampai saya lulus jugak akhirnya ,selepas penat lelah awak ajar siap buat-buat gaya lagi .Lulus pun kira ok lah kan ?



Bila awak sembang pasal Melly tu ,saya kadang-kadang risau jugak .Saya takut awak sayang Melly tu ,tapi awak tak sayang saya ,macam mana ?Saya pernah tanya awak

"Lawak sangat ke Melly tu tulis ?Sampai apa aku kata pun ko buat tak taw ?"

"Bukan tentang lawak .Tapi macam ak kata lah dulu .Dia mcam memahami aku ,aku pun tertarik dengan Melly ni "

"Macam mana kalau dia tak cantik ?"

"Cinta bukan pada rupa paras ya cik Mellisa "

seronok gila bila awak cakap macam tu kat saya .Saya rasa macam saya kat syurga .Tapi saya tetap takut nak bagi taw awak saya lah Melly tu .



Suatu hari ,hari Isnin ,pukul 3 ,lepas balik dari kelas awak call saya .Hujan waktu tu .Saya pun baru je nak baik dari demam

"Mellisa ,ko rase siapa Melly tu ?"

"Mana lar aku taw ,asal ko tanya ?"

"Aku nak jumpa dy ,aku rasa aku dah terlalu jatuh cinta dekat dia ,dalam bayangan aku dia macam bidadari ,cantik ,baik ,peramah ,pandai .Semua yang macam aku nak lah "

"Kalau dia tak macam yang ko nak ?Macam mana ?Ko sanggup ke nak berkawan je dengan dia ?"

"Kalau tak macam yang aku nak ?Aku mana tahu ,aku tak jumpa lagi .Kalau tak cantik pun apa aku peduli ,aku dah sayang .Tapi jangan orang punya sudah "

"Kalau orang punya takkan lah dia nak bagi surat kat ko"

"Mana lah nak tahu ,tapi aku nak jumpa dia .Kalau aku tak dapat jugak .Mungkin aku akn stop layan semua surat tu .Aku nak suruh mak aku je lah carikan awek kat aku "

saya terdiam ,takut nak cakap .kalau saya cakap karang ....Awak nak ke terima ?

"kenapa ko diam Mellisa ?"

"Faris ,kalau aku cakap ko jangan marah aku ya ?"

"Apa ?"

"Aku lah Melly tu "

awak diam lama ,awak tak cakap apa-apa

"Faris ?"

awak terus letak telefon ,saya sedih ,saya dah agak awak mesti tak suka kan ?Saya rasa macam nak marah awak .At least awak cakap lar awak tak boleh terima saya .Tak payah lar awak letak je telefon tu .Saya malu ,mungkin kita tak kan jadi kawan macam biasa dah .Awak mesti tak nak sembang dengan saya dah .Esoknya ,saya tak nampak awak .Saya tanya kawan-kawan awak depe cakap awak on the way ke USA dah pun .Ekot family awak .Saya rasa macam saya lah punca awak pergi ,awak takut nak jumpa saya .



seminggu lepas tu saya dapat surat .sampul dia warna pink sama macam yang saya kasi kat awak .bawah surat tu ada kotak warna pink besar .saya bukak surat tu .ada baw minyak wangi awak .



"Mellisa binti Hj Malik ,memang saya dah tahu awak adalah secret admire saya .mula-mula saya tengok surat awak sebelum saya kenal awak ,saya malas nak baca .Lepas tu saya nampak awak .Kawan-kawan saya cabar saya mengorat awak padahal waktu tu saya memang dah jatuh cinta dengan awak .Awak tak sedar ke saya selalu tengok awak ?Saya sanggup ekot awak sampai rumah ,senang saya nak ajak dating .Tiba-tiba saya dapat tahu awak lemah dalam subjek yang Puan Maria ajar ,saya pulak rapat dengan Puan Maria .Saya mintak tolong dia .Payah jugak saya nak pujuk dia .Last-last dia kata boleh jugak ,jadi saya pun jumpa awak .Hari tu saya pergi awal sikit dekat peti surat saya ,saya nampak awak .Saya pun kejar lah awak .Terkejut saya bila nampak awak bubuh surat bersampul pink .Saya ambik surat awak tu lepas awak pergi ,saya balik rumah saya cari balik surat-surat dulu yang awak kasi .Awak nak tahu ?Perasaan saya waktu tu seronok sangat .Sebab awak pun suka kat saya .Kawan-kawan saya bukan marah saya sebab saya dah tak hang out dgn depe tapi depe marah sebab saya tarik diri dan x na termasuk dalam cabaran depe tu .tapi saya bayar berape yang depe ajak saya betting tu .Semua sekali RM 3000 .Tak pe saya tak kisah .Ada hari tu awak tak hantar surat dekat saya ,saya agak risau .Awak dah tak suka kat saya ke ?Saya terus campak semua surat tu kat dalam beg saya ,hilang terus mood saya .Tapi esoknye awak bagi .seronok tahu tak ?Bukan niat saya nak bagi awak risau sebab saya letak terus telefon saya ,tapi mummy saya dah panggil ,kalau boleh waktu tu saya nak je cakap yang saya dah tahu dan saya dah lama cintakan awak .Mummy saya panggil saya sebab kami kena pergi KLIA .saya kena ekot family saya .bulan depan saya balik .saya nak kawin dengan awak .Boleh ?Akhirnya saya dengar jugak awak mengaku .Saya sekarang mungkin dekat USA dah .Saya rindu awak .Nak curi daging masak merah dalam pinggan awak macam selalu ^.^ .TUNGGU SAYA YE MELLY ,MELLISA ,sayang .HEHE .Kalau rindu saya peluk lah bear niy .kat belakang surat niy saya bagi number phone saya waktu dekat USA ,awak call lah saya lepas awak baca surat niy ,kalau saya call dulu saya tak tahu secret admire saya niy dah baca ke belum surat saya ."



pertama yang saya buat lepas baca surat tu ,saya bukak kotak tu ,ad bear warna putih .bear yang saya tunjuk kat awak waktu kita tengok kat e-bay sama-sama dulu .perkara kedua saya ,saya nangis .perkara ketiga ,saya call awak .Saya tak sabar nak dengar suara awak dah .saya rindu awak ..

heee..ape je la kan cter ni =)

No comments:

like button